Review Penapis Air Cuckoo Iris Top


alhamdulilah dah setahun lebih ummi pakai Iris Top di rumah ni. Jadi boleh lah bagi review sikit as a customer kan. ok sebelum ummi ambil Iris Top ni, kami sekeluarga beli air botol mineral di Mydin or speedmart. lepas tu tesco boleh buat delivery guna delivery tesco tapi kadang ada juga waktu air botol dia out of stock huhu. belum cerita penat mengangkut botol berliter2 tu. sado dah lengan suami ummi tengok. but the big problem is bersepahnya rumah dengan botol kosong ni. ya Allah stress ok tengok penuh gila bilik stor dengan botol. ummi suka kumpul sbb boleh bagi cleaner apartment ni. depa buat jual. 

so satu hari tu cakap la kat suami jom la beli penapis air, cari murah murah pon takpe. memula nak beli brand cosway, harga dalam rm700++, tapi masa servis kena bayar lagi tau. macam xbest pulak kan lagipon takde air panas dan sejuk. then survey kat aeon rawang brand coway dan cuckoo. compare dua2 ni ummi berkenan dengan cuckoo sbbnya dia air mineral dan of course sebab lagi murah. ahaha yelah kita mesti nak cari yang murah tapi berbaloi. gituuu

then ummi search la di fb then terjumpa fb my manager, kak una. masa ni macam wow baguslah dia bagi talk kat ramai agent. active agent ni. so whatsapp dia tanya pasal king top masa tu. last2 kata kat kak una nak jadi agent boleh ke kak? masa ni tak beli lagi penapis air, jadi agent dulu. haha then 2 minggu macam tu, cuckoo launch product baru, Iris Top. masa tu wowww nasib baik aku tak pasang king top sebab ni lagi cantik, tangki pon lagi besar hahaha dah la murah RM70.75 je sebulan (now takde dah kontrak 7 tahun ni). terus lah pasang. seronok betul lepas dah pasang tu. senang gila kerja nak buat susu anak, minum air sejuk tak perlu korek ais dalam fridge dah. nak mandikan baby pon senang. tekan tekan keluar eh mudahnya

lepas tu dari segi servis, mmg every 4 months akan ada orang cuckoo mai rumah servis. kita boleh set online tau through app so boleh dpt details technician tu. so secure la for housewife for me ehehe kadang tu terlupa dah 4 bulan, depa pulak whatsapp kata nak mai. haha 

then hari tu ummi nak jual kitchen cabinet so terpaksa la relocate Iris ni ke atas trolley ikea. alhamdulilah relocate pon free je technician dia datang. walaupon nak pindah satu rumah je kan, yelah salah bukak rosak kang void pulak waranti. so jangan memandai hahaha

ok last sekali dari segi payment yg ummi suka, cuckoo akan autodebit tau dari akaun kita. tapi let say la duit baki tak cukup ke apa, tak perlu risau sebab kita boleh bayar online. mudah sgt. nak track payment record pon semua guna apps je.

so memang puas hati la setakat dah pakai ni. alhamdulilah :)

ni latest price Iris Top. tak sampai RM100 pon awak.
bulan ni dah la ada promo FREE OUTDOOR FILTER bila sewa beli Iris Top ni, haih kenapa lah dulu takde promo ni hahahaha

untuk details promo boleh terus contact ummi tau,
www.wasap.my/601133066303

ni ummi ada record sikit cara guna Iris Top ni
besttt kan. ada bunyikkkk2 haha
tapi best sebab boleh adjust suhu tu. senang kalau nak set air suam terus utk buat susu anak.

last sekali meh layan gambar model ummi bergambar dengan Iris Top haha
yumna pon sekarang dah banyak minum air kosong maybe sebab suka main mesin ni haha
dont worry ye Iris ni ada child lock takdelah risau terkena air panas ke apa.






model tak mandi hahaha
beli dengan ummi, ummi bagi botol air exclusive Cuckoo ni. cepat meh klik sini terus.
www.wasap.my/601133066303/IrisTop