Resepi Kari Ayam guna Cuckoo Multicooker Q10


Assalammualaikum,

Tengok la resepi ummi ni, MUDAH gila! hahaha 30 minit + 10 minit sediakan bahan awak dah boleh makan kari ayam sedapppp ni

Untuk bahan bahannya ummi guna,

- 1 biji bawang besar - hiris halus
- 3 biji bawang putih - hiris halus
- rempah 3 sekawan
- serbuk kari - ummi guna serbuk Kari Ayam O - beli jauh dari kedah ni, first time cuba tapi ummi prefer serbuk kari faiza lagi haha
- santan sekotak
- ayam 4 ketul potong kecik2
- 2 biji kentang
- 1 batang carrot
- garam secukup rasa
- gula melaka seketul kecil
- 2 asam keping

Masuk semua bahan kacau2 bagi sebati, set mode multicook 30 minit, SIAP! makan pulak dengan nasi panas panas, sedap sehingga menjilat jari haha

Favourite anak anak ni. tak suka pedas depa ni tapi bila buat kari sanggup tahan pedas standby air secawan sebelah haha